Friday, September 4, 2009

Lawatan ke CSA of MUCH, Cheras.

[Mervinie]

Pada 29 Ogos 09 yang lalu, CSS of UiTM telah melakukan satu lawatan ke CSA, Cheras bertempat di Church Francis of Asisi. Seramai 43 orang termasuk exco telah terlibat dalam lawatan ini.


ketibaan para peserta (tuuna Fr Val)

Jam 7.30am, kami telah berkumpul di CSS house. Jam 8am kami berangkat menuju ke destinasi kami iaitu CSA, di Church Francis of Asisi, Cheras. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang dalam 1jam 30minit. Walaupun telah sesat, dengan berkat Tuhan kami sampai juga tempat yang hendak kami tujui. Sampai sahaja di sana, kami disambut mesra oleh Fr. Valentine dan ahli-ahli CSA.

CSS UiTM praise & worship lead by Eleen

Jam 10.30am, kami diberi ceramah oleh wakil Persatuan Peguam Katolik Malaysia yang diketuai oleh En.Francis Pereira. Dalam ceramah tersebut, beliau telah menyentuh tentang perkara-perkara seperi hak-hak bukan muslim terutamanya. Di dalam ceramah tersebut, kami sedar bahawa kita sebagai umat kristian dan juga merupakan masyarakat bukan muslim khasnya harus mempertahankan hak-hak kita walaupun ditindas. Kita juga harus tahu bagaimana untuk mempertahankan hak kita sebagai orang bukan muslim di Tanah Melayu ini ,Semenanjung Malaysia. Setelah selesai ceramah tersebut, kami juga diberi peluang untuk bersoal jawab untuk mendapat lebih pengetahuan. Sesi ceramah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada wakil dari Persatuan Peguam Katolik Malaysia.


CSS members sedang tanya solan kepada peguam peguam tentang hak hak keagamaan


Pada sesi ke-2 pula ialah praise & worship bersama CSS of UiTM. Penglibatan ahli-ahli CSS & CSA amat memberangsangkan dan memberi kerjasama sesi P&W ini disusuli dengan sesi pengenalan CSA, Cheras. Sesi ke-3 pula ialah P&W bersama CSA dan disusuli dengan pengenalan CSS, UiTM. Setelah selesai sesi pengenalan CSS, CSA of MUCH memberi cenderahati (frame gambar St.Francis of Asisi). Setelah itu, kami mengambil gambar kenang-kenangan sesame kami.

Daripada lawatan tersebut, kami tidak pulang dengan tangan kosong tetapi dengan ilmu pengetahuan yang telah diberi oleh En.Francis Pereira. Di samping itu juga, hubungan persaudaraan di antara CSS of UiTM dan CSA of MUCH juga semakin rapat dan akan terus berkekalan selamanya. Terima kasih kepada Tuhan atas segalanya…

“A Vibrant Christ-Centered Family”

Disediakan oleh,

Mervinie

Program Director

Lawatan CSS of UiTM ke CSA of MUCH






No comments: