Sunday, September 27, 2009

FIT : Yohanes 15:1-4

Selepas aktiviti gotong royong membersihkan CSS House pada sebelah pagi, lalu persiapan untuk aktiviti wajib setiap minggu, iaitu Friday-in-togetherness pun dijalankan.





Tepat pada jam 7.30pm aktiviti dimulakan dengan doa rosari yang dipimpin oleh saudari Edna dan kemudian praise and worship dibawa oleh saudari Recca sementara menunggu kedatangan Uncle Paul dari Churh of Divine Mercy untuk menjalankan sesi bible study dan bible sharing bersama para ahli CSS dengan jumlah kedatangan seramai 32 orang. Pada hari itu juga, Oswald iaitu salah seorang daripada alumni CSS datang dan mengikuti aktiviti kami.

Perbincangan kami dipetik dari Yohanes 15:1-4, di mana kami membincangkan hal POKOK yang digunakan oleh Santo Yohanes sebagai simbol yang menunjukkan Tuhan kita Yesus Kristus. Memang sungguh menarik sharing kami pada hari itu, dan telah memberi kami pengajaran dan membantu kami untuk memahami lagi akan Firman Tuhan dan bagaimana kami boleh mengaplikasikan dalam dan menghidupkan iman kami dalam hidup sehari hari.

Kepada mereka yang tidak dapat hadir pada F.I.T lepas, jangan gusar kerana sesi seperti ini akan dijalankan lagi pada Jumaat depan (2 Oktober 2009) pada masa dan tempat yang sama.

Selepas selesai sesi Uncle Paul, kami dijamukan dengan Laksa Sarawak yang memang sangat sedap, terima kasih kepada pihak F&B hari itu Kendy dan Allythyna, juga beberapa askar askar CSS yang membantu.

Uncle Paul bersama CSS members


No comments: