Wednesday, September 23, 2009

ICG 2009 @ Plentong, Johor.

Pada 19 – 22 September 2009 yang lepas, CSS UiTM Shah Alam telah menyertai ICG (Inter Campus Gathering) 2009 yang bertempat di Majodi Center, Plentong, Johor. Seramai 61 orang peserta termasuk exco dan bergabung dengan peserta daripada CSS MSU-PTPL seramai 27 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar Sabah dan Sarawak untuk menyertai aktiviti ini. Antara objektif utama aktiviti ini adalah “O.R.A.I.T” ( Our Religion As the ‘In Thing’) yang menjurus kepada masyarakat katolik zaman sekarang terutamanya masyarakat remaja yang sekarang ini cenderung untuk meninggalkan agama mereka disebabkan impak daripada era kehidupan global yang begitu mencabar keimanan mereka sebagai warga katolik. Secara keseluruhan ICG 2009 ingin membuat mengubah mentaliti masyarakat remaja katolik yang majoritinya adalah pelajar university supaya dapat menerima kristus dengan gaya kehidupan sekarang.Semua peserta telah berkumpul di rumah CSS pada jam 7.00 a.m. iaitu pada 19 september 2009 dan berjalan bersama-sama ke stesen bas seksyen 2. Bas mula bertolak lebih kurang jam 7.30 a.m. dan berkumpul semula di Stesen Serdang, Selangor dengan peserta-peserta ICG yang lain daripada UPM, UniTEN, UKM, UM dan lain-lain di bawah naungan KLCC ( Kuala Lumpur Coordinating Council) pada jam9.00a.m. Kami semua mula bertolak ke Johor pada jam9.30 a.m. dan perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 5 jam. Ketibaan kami di sambut meriah daripada MJCC yang juga merangkap sebagai AJK ICG 2009 ini.

Aktiviti kami dilanjutkan lagi ke sesi perkenalan diri antara KLCC, PCC dan MJCC melalui pembahagian kumpulan mengikut warna yang telah ditetapkan. Seterusnya, pihak penganjur menerangkan kepada kami mengenai peraturan dan etika yang perlu kami patuhi sepanjang aktiviti ini berlansung. Pada jam 8.30 p.m. kami telah diberikan misa oleh Fr. Jojo sebelum diteruskan lagi dengan pembukaan perasmian.

Pada hari ke-dua, aktiviti kami dilanjutkan lagi dengan sesi yang disediakan oleh pihak penganjur. Terdapat 6 sesi semuanya. Antaranya adalah sesi ke-1 bersama dengan Jerald Joseph dengan tajuk “The trend of the Youth Today in Malaysia, Asia, and the Global context), sesi ke-2 dan sesi ke-3 adalah bengkel untuk membincangkan lebih mendalam mengenai sesi yang pertama, sesi ke-4 bersama dengan Augustine Anthuvan dengan tajuk “How does Globalization, Media & Secularism affect the Youth’s Perception” dan sesi yang terakhir adalah merupakan “Project Runway” yang diwakili sepuluh orang untuk setiap CC yang menampilkan persembahan fesyen gaya “cool” sekarang.

Pada hari ke-tiga, aktiviti diteruskan lagi dengan tiga lagi sesi iaitu sesi ke-7 oleh Slyvester Wong mengenai “Cool witnessing to Christ”, sesi ke-8 oleh Tricia Yeoh mengenai “How coolness can unite believers of different cultures and religions” dan sesi ke-10 oleh Juwita Suwito mengenai “Tips to be ‘cool’ young Christian”. Aktiviti kami diakhiri dengan persembahan daripada setiap CSS mengikut CC masing-masing. Untuk persembahan pada malam itu, CSS UiTM telah bergabung tenaga dengan CSS MSU-PTPL dengan persembahan sketsha dan persembahan tarian yang diketuai oleh saudara Rayner Naili manakala persembahan daripada CC yang lain juga tidak kurang hebatnya, semua mempamerkan persembahan yang sungguh menarik dan kool.

Aktiviti kami berakhir pada hari ke-empat iaitu 22 september 2009 dengan penerangan mengenai “presentation of FINAL statements” oleh pihak penganjur. Seterusnya, misa / ekaristi bersama dengan Bishop Paul Tan, SJ dan juga merasmikan penutupan ICG 2009. Sepanjang aktiviti ini kami bukan sahaja menemui rakan-rakan yang lama mahupun yang baru tetapi kami telah mencipta satu sejarah baru yang mana telah merubah satu perubahan besar dalam hubungan kekeluargaan kami sebagai pelajar-pelajar kristian yang beriman dan lebih berani lagi untuk mencabar diri kami masing-masing untuk lebih teliti melalui tema aktiviti kami iaitu O.R.A.I.T sebagai pelita hidup kami yang baru.

Sebelum mengakhiri laporan ini, saya sebagai wakil daripada CSS UiTM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga CSS MSU-PTPL yang sama-sama mengembleng tenaga untuk persediaan persembahan ICG, warga CSS UiTM , presiden KLCC dan sesiapa yang banyak bertungkus-lumus terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam persiapan kami sebelum menyertai aktiviti ICG 2009. “This is time for all us here to makes different in our society because we all realizes the existence of our God our saviour in each of our heart and have the tendencies to accept the changes in our lifestyle as a cool catholic”. Bak kata pepatah “ Bersatu kita roboh, bercerai kita bersaksi”.

Sekian dan terima kasih.

“Our Religion is The - In Thing”.

Disediakan oleh,

Decimus Balangkit

( Vice President of CSS UiTM Shah Alam 2009/2010 )





No comments: