Saturday, September 5, 2009

CSS D'Futsal


Pada 30 Ogos 2009,Ahad, CSS-UiTMSA telah menganjurkan satu pertandingan futsal(CSS-UiTM

D’Futsal) di Sport Planet,Seksyen 16. Pertandingan ini berlangsung dari jam 2petang hingga 7ptg. Program ini merupakan yang pertama kali dianjurkan oleh pihak kami dan ianya mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pelajar-pelajar dan belia dari UiTM, MSU, Politeknik S.A, Sime Darby dan Alumni UiTM telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini dianggotai seramai 10 pasukan lelaki dan 5 pasukan perempuan. Objektif pertandigan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim pelajar-pelajar kristian di Shah Alam termasuk alumni dan meluaskan perhubungan kita pelajar kristian dari Sabah dan Sarawak. Pertandingan ini turut dirasmikan oleh penasihat CSS UiTM Prof. Monica.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;

Kategori Lelaki

Johan = Gondola Bear (UiTM)

Naib Johan =D’Emmanuel (UiTM)

Ketiga =Abok UK (Sime Darby)

Keempat =Borneo Hunter’s(MSU)

Kategori Perempuan

Johan = Mercy (UiTM)

Naib Johan =Sumandak (Alumni UiTM)

Ketiga =Hikari (UiTM)

Keempat =Santiki (UiTM)

Tahniah kepada para pemenang dan pada yang tewas jangan berputus asa kerana kita akan menganjurkan lagi pertandingan sebegini di lain masa. Terima kasih kepada semua pasukan kerana sudi menghadirkan diri dan seterusnya menjayakan program ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua barisan exco, alumni dan sesiapa sahaja yang membantu secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan pertandingan yang pertama kali dianjurkan ini. Semoga jasa anda semua diberkati Allah Bapa.

Ketua Program,

Paul Himlearn


No comments: