Monday, September 7, 2009

Family Day (gambar coming soon)


Pada hari Ahad, 16 Ogos 2009 yang lepas, CSS UiTM telah menganjurkan Hari Keluarga ataupun Family Day yang bertemakan “Css Outing day”. Aktiviti ini telah diadakan di Bukit Cerakah, Seksyen 8, Shah Alam. Seramai 44 orang peserta termasuk exco telah turut serta dalam family day tersebut. Objektif family day ini dilakukan adalah bagi mengeratkan silaturahim sesama excos dan members of Css UiTM. Di bawah adalah turutan aktiviti kami semasa family day tersebut.

Pukul 8.30am, para peserta berkumpul di css house dan kira bertolak ke destinasi kira-kira pukul 9.00am. Perjalanan kami ke bukit cerakah mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Setibanya kami di sana, para peserta terpaksa berjalan kaki ke tapak family day kerana masalah teknikal yang di alami oleh bas. Ada yang menggunakan motorsikal untuk berulang alik pergi mengambil kawan-kawan dan ada juga yang sanggup berlari ala-ala "explorace" hingga ke agro-lodge iatu tapak untuk family day kami yang sebenar. Namun begitu, dengan semangat kental serta komitmen daripada para peserta, semua berjaya sampai ke destinasi yang di tujui.

Aktiviti pertama di mulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Program Director pada hari itu. Selepas ucapan tersebut, aktiviti seterusnya adalah pray & worship yang di ketuai oleh saudara Rayner dan diikuti oleh sesi ice breaking yang begitu menyeronokkan sekali.

Selepas sesi ice breaking, kami telah berhenti rehat seketika untuk makan tengah hari. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan permainan sukaneka dan treasure hunt di mana setiap pasukan masing-masing berusaha bersungguh-sungguh bagi menjuarai setiap permainan yang diadakan pada hari tersebut. Tetapi malangnya, di sebelah petang permainan treasure hunt terpaksa ditangguhkan kerana hari hujan. Namun begitu, hasil inisiatif serta kerjasama yang mantap daripada para penganjur dan peserta, aktiviti itu telah berjaya di laksanakan dengan sempurna.

Aktiviti bagi family day pada hari itu sampai ke kemuncaknya apabila sesi penyampaian hadiah dan fotografi di laksanakan. Kami bertolak pulang ke Css House kira-kira pukul 4.30pm. Hasil daripada aktiviti tersebut, kami pulang sebagai satu keluarga yang erat dan harmoni tanpa mengira umur, darjat serta keturunan…

Sebelum mengakhiri laporan ini, sekali lagi saya selaku Program Director ingin mengucapkan syabas dan berbanyak-banyak terima kasih atas segala usaha serta kerjasama yang di berikan oleh semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung pada hari tersebut. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada anda semua, family day ini tidak dapat di laksanakan dengan sempurna dan jayanya….

Sekian, dan terima kasih.

Disediakan oleh.

Gabriel Asher

Program Director for Family Day 2009

No comments: