Antara menu utama yang menjadi pilihan sewaktu “coffee morning” tersebut adalah nasi lemak, karipap, “sandwich”, nasi ayam, loklok, kordial oren, teh, dan juga kopi panas. “Coffee morning” ini juga mendapat sambutan daripada warga CDM sendiri dan hampir semua jualan pada masa itu habis dijual. Kami menyarankan 1000 orang yang menghadiri tiga misa waktu pagi datang membeli makanan dan minuman.
Para exco memulakan penyediaan makanan dan minuman ini seawal jam 9pm(Sabtu) dan berakhir pada jam 6.00am(Ahad). Kami juga mendapat pertolongan daripada ahli CSS sendiri. Walaupun berasa penat tetapi kepenatan kami itu dibalas dengan Berjaya menyediakan semua makanan pada masa yang ditetapkan.
Di kesempatan ini juga kami mengucapkan ribuan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada penasihat CSS UiTM iaitu Ms. Monica Ch’ng, dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung untuk sama-sama menjayakan aktiviti ini. Aktiviti ini juga serba sedikit menyumbangkan keserasian CSS UiTM dan CDM dalam merancang aktiviti untuk kebaikan komuniti dan gereja.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Decimus Balangkit
(Program Director of Coffee Morning 2010)
No comments:
Post a Comment