Shalom semua!
Pada 16 October 2009 (Jumaat), CSS UiTM Shah Alam telah merayakan Misa dalam Bahasa Malaysia yang bertempat di rumah CSS. Lebih kurang 50 orang ahli CSS UiTM Shah Alam telah menyertai misa ini. Selain itu terdapat juga beberapa orang datang daripada KUBM (Kesatuan Umat Bahasa Malaysia) dan CSS MSU-PTPL.
Rajah di sebelah menunjukkan gambar
bersama komuniti pelajar katolik di UiTM dengan komuniti umat bahasa Malaysia di CDM dan Rev. Fr. Paulino Miranda.
Misa ini telah dijalankan dengan baik oleh Rev. Fr. Paulino Miranda yang merupakan paderi bagi “Church of Divine Mercy (CDM)”. Misa yang dirayakan kali ini merupakan Misa tiga dalam satu yang mana mengabungkan Misa penerangan, pemberkatan pelajar UiTM yang akan tamat pengajian, pemberkatan terakhir kepada pelajar UiTM yang bakal menduduki peperiksaan akhir. Misa penerangan ini merupakan misa di mana paderi Paulino merayakan Misa seperti biasa sambil menerangkan maksud untuk setiap pergerakan atau perbuatan yang biasanya dilakukan oleh setiap paderi-paderi katolik. Sepanjang Misa ini para pelajar berpeluang mengetahui lebih jelas tentang bekas-bekas yang digunakan dalam perayaan Misa seperti piala untuk air anggur dan patena untuk Hosti, sibori untuk menyimpan Sakramen Mahasuci dalam tabernakel, monstrans yang digunakan untuk Benediksi dan banyak lagi.
Pelajar-pelajar juga berpeluang mengenali kebanyakan pakaian yang digunakan dalam upacara-upacara Gereja kita berasal dari pakaian yang digunakan oleh Empayar Rom dan mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Anataranya ‘amice’, ‘alb’, ‘cincure’, ‘mainple’. Selepas sahaja Misa ini selesai dirayakan, aktiviti diteruskan lagi kepada pemberkatan pelajar UiTM yang akan tamat pengajian. Pemberkatan ini dilaksanakan oleh paderi Paulino yang telah disertai seramai 12 orang walaupun masih terdapat beberapa orang yang tidak dapat menghadirkan diri pada waktu itu.
Rajah di sebelah menunjukkan gambar pelajar UiTM yang bakal menamatkan pengajian mereka dan Rev. Fr. Paulino Miranda.
Seterusnya adalah merupakan pemberkatan kepada pelajar-pelajar UiTM yang bakal menghadapi peperiksaan pada hujung semester ini dan dilanjutkan pula dengan sesi bersama Fr. Paulino untuk membincangkan permasalah-permasalah yang dihadapi oleh CSS UiTM. Terdapat beberapa cadangan yang telah dikemukakan dan penambahbaikan dalam melaksanakan aktiviti-aktitiviti di antara gereja dan juga CSS UiTM Shah Alam. Ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan mengenali dengan lebih baik di antara komuniti pelajar katolik di UiTM dan komuniti umat Bahasa Malaysia di CDM.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh,
Decimus Balangkit
(Timbalan Presiden CSS UiTM Shah Alam)
Program Director : Recca & Zyzy
No comments:
Post a Comment