Friday, October 2, 2009

Relax N Talent Hour

Shalom saudara dan saudari dalam Kristus,

Seperti yang sedia maklum, setiap hari Jumaat CSS UiTM SA akan mengadakan FIT (Friday In Togetherness) bermula dari pukul 7.30pm-10pm. Pada 2 Okt 2009, Jumaat yang lalu, sempena dengan bulan Rosary, FIT dimulakan dengan doa Rosary yang dipimpin oleh saudari Mervinie. Selesai sahaja doa Rosary, satu aktiviti (Relax N Talent Hour) yang dikendalikan oleh saudara Himlearn (Boboy) dan saudari Aleziana telah diadakan. Aktiviti tersebut bertemakan ‘Memahami dan Melayani’ dimana semua yang hadir pada hari itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan harus mempunyai sekurang-kurangnya seorang lelaki. Dalam sesi pertama, setiap kumpulan diberi masa 30minit untuk memperagakan lelaki yang telah dipilih dalam kumpulan masing-masing menjadi seorang wanita mengikut kreativiti tersendiri. Lelaki- lelaki tersebut kemudian memperagakan diri mereka dengan gaya masing- masing, pemenang adalah kepada yang siapa paling menyerlah. Selepas itu, sesi kedua, setiap kumpulan diberi lagi masa selama 5minit untuk berfikir dan membuat lakonan tentang bagaimana layanan yang diberikan kepada golongan ‘lembut’ dalam masyarakat sebenar. Objektif aktiviti pada malam itu adalah:

i. Sesi pertama: golongan lelaki akan lebih memahami dengan merasai sendiri apa atau bagaimana situasi sebenar golongan wanita dalam kehidupan harian mereka.

ii. Sesi kedua: bagaimana layanan yang sepatutnya diberikan kepada golongan ‘lembut’ yang kadang kala disisih dari masyarakat dunia hari ini.

Aktiviti kali ini juga berdasarkan pembacaan pada hari itu iaitu dari Matius 18:1-5,10. Yesus berfirman, “Awas! Jangan hina salah seorang pengikut-KU. Ketahuilah malaikat-malaikat mereka sentiasa di hadirat Bapa-Ku di syurga dan Matius 7:1-2. Yesus berfirman “Janganlah menghakimi orang lain supaya Allah tidak menghakimi kamu juga.” Manakala sesi pertama fokus kepada rumah tangga dan golongan lelaki dan wanita seperti pembacaan pada Ahad ini 4 Okt.09 dari Markus 10:1-12.

Semoga lebih ramai kita umat datang ke CSS House pada Jumaat yang berikutnya iaitu 9 Oktober ini kerana kita akan bersama Sister dan 16 Oktober bersama Fr.Paulinho untuk Missa Kudus jam 8malam.

Disediakan oleh,

Aleziana Carolina.

CSS present the new sexy group, kumpulan "crocs" tergugat.

CSS member yang hadir pada masa itu.

Kumpulan Zyzy. Dari kiri, Lissa, Tina dan Edith.

Dan pemenangnya ialah "Kendylia".

No comments: