Friday, June 29, 2012

AGM + Final Blessing Mass 2012

Pada 23 Julai yang lalu, CVS Shah Alam telah mengadakan AGM dan Final Blessing Mass di rumah CVS yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam. AGM dan Final Blessing Mass pada kali ini adalah bertemakan Filipi 4:13 “Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku”. Sedikit info tentang AGM kali ini adalah untuk memilih president dan vice president CVS SA yang baru untuk semester depan manakala Final Blessing Mass adalah untuk memberkati students yang bakal menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ini dan juga students yang telah berada di semester akhir masing-masing (final semester and final year). 

Majlis berasaskan kepada tentatif yang dirancang sepatutnya bermula sekitar jam 4pm tetapi disebabkan cuaca yang kurang baik dan kebanyakan members masih belum sampai maka terpaksa ditunda ke jam 6pm. Dengan itu, Final Blessing Mass didahului dan diikuti oleh AGM. Misa kali ini telah diraikan bersama Fr Michael Raymond dan para students. Majlis bermula tepat jam 6pm setibanya Fr Michael di rumah CVS. 


The arrival of Fr Michael.

Misa berlangsung agak-agak 1 jam 15 min, tamat dalam jam 7.20pm. Selepas tamatnya Misa, Fr. Michael telah memberkati para students semester akhir dan diikuti dengan pemberian cenderamata untuk Fr. Michael oleh Program Director Final Blessing Mass iaitu oleh saudari Dyone. 



Fr Michael memberkati students semester akhir.


Penyerahan cenderamata oleh PD Dyone kepada Fr Michael.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan AGM oleh president CVS SA term 2011/2012 selaku Program Director. Majlis bermula sekitar jam 8pm dengan sedikit ucapan terakhir dari beliau, Mr Sly (president CVS SA). Selepas itu, sesi penyerahan sijil-sijil untuk para exco bagi term 2011/2012 juga telah berlangsung yang diserahkan oleh saudara Bro. Joe dari CDM. 


Ucapan Sylvister Jalong yang terakhir kalinya selaku peneraju CVS SA 2011/2012

Majlis semakin bertambah hangat apabila bermulanya sesi memperkenalkan bakal-bakal president bagi term 2012/2012. Bermula dengan sesi memperkenalkan diri dan seterusnya sesi pengundian. Rata-rata para pengundi agak kebingungan dalam melilih siapa yang paling layak untuk menerajui CVS SA dan tidak lupa juga sebagai pemimpin kepada students di UiTM Shah Alam dan juga UiTM Puncak. Tetapi syukur dan puji Tuhan sebab majlis berjaya berjalan dengan lancar sehingga pengumuman president dan vice president yang baru. Tahniah diucapkan kepada president dan vice president CVS SA yang baru. 


Bakal-bakal calon president and vice president.

Selepas penamaan president dan vice president yang baru diikuti dengan penyerahan fail oleh mantan president CVS SA iaitu Sly dan juga Rayner (vice president) nya, majlis diteruskan dengan makan-makan. Para students dijamu dengan pelbagai jenis hidangan yang cukup mengenyangkan oleh para tukang-tukang masak bertauliah CVS SA. Syabas juga diucapkan kerana hasil usaha gigih mereka. Makan free sepa yang indak mo kan? Hehe.

Bagi AGM dan Final Blessing Mass kali ini, CVS Puncak (Alam dan Perdana) telah bersama dengan kami. Mereka telah dijemput khas bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dan dengan julung kalinya dan pertama kalinya CVS Puncak telah mengikuti AGM dan Final Blessing Mass dengan CVS SA. Ternyata cinta kasih Tuhan begitu agung dan besar sekali disini sehingga mereka dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut walaupun pelbagai rintangan yang mereka hadapi terutamanya dari segi transportation. Puji Tuhan sekali lagi.


Sesi foto mefoto beramai-ramai sebelum pulai/muli.

No comments: