Pada
23 Julai yang lalu, CVS Shah Alam telah mengadakan AGM dan Final Blessing Mass
di rumah CVS yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam. AGM dan Final Blessing Mass
pada kali ini adalah bertemakan Filipi 4:13 “Segala perkara dapat kutanggung di
dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku”. Sedikit info tentang AGM kali ini
adalah untuk memilih president dan vice president CVS SA yang baru untuk semester
depan manakala Final Blessing Mass adalah untuk memberkati students yang bakal
menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ini dan juga students yang telah
berada di semester akhir masing-masing (final semester and final year).
Majlis
berasaskan kepada tentatif yang dirancang sepatutnya bermula sekitar jam 4pm
tetapi disebabkan cuaca yang kurang baik dan kebanyakan members masih belum
sampai maka terpaksa ditunda ke jam 6pm. Dengan itu, Final Blessing Mass didahului
dan diikuti oleh AGM. Misa kali ini telah diraikan bersama Fr Michael Raymond
dan para students. Majlis bermula tepat jam 6pm setibanya Fr Michael di rumah
CVS.
The arrival of Fr Michael.
Misa berlangsung agak-agak 1 jam 15 min, tamat dalam jam
7.20pm. Selepas tamatnya Misa, Fr. Michael telah memberkati para students
semester akhir dan diikuti dengan pemberian cenderamata untuk Fr. Michael oleh Program
Director Final Blessing Mass iaitu oleh saudari Dyone.
Fr Michael memberkati students semester akhir.
Penyerahan cenderamata oleh PD Dyone kepada Fr Michael.
Selepas
itu, majlis diteruskan dengan AGM oleh president CVS SA term 2011/2012 selaku
Program Director. Majlis bermula sekitar jam 8pm dengan sedikit ucapan terakhir
dari beliau, Mr Sly (president CVS SA). Selepas itu, sesi penyerahan
sijil-sijil untuk para exco bagi term 2011/2012 juga telah berlangsung yang
diserahkan oleh saudara Bro. Joe dari CDM.
Ucapan Sylvister Jalong yang terakhir kalinya selaku peneraju CVS SA 2011/2012
Majlis
semakin bertambah hangat apabila bermulanya sesi memperkenalkan bakal-bakal
president bagi term 2012/2012. Bermula dengan sesi memperkenalkan diri dan
seterusnya sesi pengundian. Rata-rata para pengundi agak kebingungan dalam
melilih siapa yang paling layak untuk menerajui CVS SA dan tidak lupa juga
sebagai pemimpin kepada students di UiTM Shah Alam dan juga UiTM Puncak. Tetapi
syukur dan puji Tuhan sebab majlis berjaya berjalan dengan lancar sehingga
pengumuman president dan vice president yang baru. Tahniah diucapkan kepada
president dan vice president CVS SA yang baru.
Bakal-bakal calon president and vice president.
Selepas penamaan president dan vice president yang baru
diikuti dengan penyerahan fail oleh mantan president CVS SA iaitu Sly dan juga
Rayner (vice president) nya, majlis diteruskan dengan makan-makan. Para students
dijamu dengan pelbagai jenis hidangan yang cukup mengenyangkan oleh para tukang-tukang
masak bertauliah CVS SA. Syabas juga diucapkan kerana hasil usaha gigih mereka.
Makan free sepa yang indak mo kan? Hehe.
Bagi AGM dan Final Blessing Mass kali ini, CVS Puncak (Alam
dan Perdana) telah bersama dengan kami. Mereka telah dijemput khas bagi
memeriahkan lagi majlis tersebut dan dengan julung kalinya dan pertama kalinya
CVS Puncak telah mengikuti AGM dan Final Blessing Mass dengan CVS SA. Ternyata cinta
kasih Tuhan begitu agung dan besar sekali disini sehingga mereka dapat
menghadirkan diri ke majlis tersebut walaupun pelbagai rintangan yang mereka
hadapi terutamanya dari segi transportation. Puji Tuhan sekali lagi.
Sesi foto mefoto beramai-ramai sebelum pulai/muli.