TEMA: "Siapa ibu-Ku dan siapa saudara-saudara-Ku?" (Markus 3:33)
OBJECTIVE :
· Introduction about CSS House to all new members.
· Mewujudkan satu ikatan keluarga antara member baru dengan exco dan member lama.
Welcome gathering parti ini diadakan untuk memupuk semangat kekeluargaan antara ahli-ahli lama dan ahli-ahli baru. Aktiviti ini dijalankan setiap semester dan merupakan aktiviti wajib bagi CSS Shah Alam. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memastikan pelajar-pelajar baru mendapat bimbingan daripada pelajar-pelajar lama yang beragama katolik. Ini bagi mengelakkan pelajar-pelajar baru tersesat daripada ajaran agama dan terus melayani ajaran Yesus Kristus. Setiap exco dan ahli-ahli lama di CSS Shah Alam bertanggungjawab dalam memastikan setiap pergerakan pelajar-pelajar baru supaya kebajikan mereka sentiasa terjaga dan mendapat bantuan ketika dalam kesusahan.
Pada semester ini, program ini telah dijalankan pada 15 January 2011 yang bermula pada pukul 1.30 petang yang bertemakan “Siapa ibu-Ku dan siapa saudara-saudara-Ku?” Markus 3:33. Program ini dimulai dengan bacaan doa pembukaan dan seterusnya pemberkatan makanan untuk makan tengahari oleh Jeff Billionsteel. Selepas itu semua ahli-ahli lama dan ahli-ahli baru bersama-sama menikmati makanan sambil dihiburkan oleh pengacar majlis iaitu Aldous dan Wilson. Program ini kemudian diteruskan lagi dengan aktiviti praise and worship oleh Jeff Billionsteel dan Mernah lebih kurang pada pukul 2.30pm. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Bro. Joseph, Saudara Sirau Pengerusi KUBM, Mss. Monica pensyarah UiTM Shah Alam dan juga Pengerusi CSS MSU saudara Jasper.
Selepas aktiviti praise and worship, lebih kurag pada pukul 3.00 petang giliran saudara Decimus pula memberikan sedikit penerangan tentang sejarah rumah CSS Shah Alam dan juga fungsi rumah ini kepada para pelajar baru. Pada pukul 3.30 petang pla Miss. Monica pula memberikan sedikit kata-kata peransang kepada semua pelajar yang hadir dalam program ini. Beliau mengingatkan para pelajar bahawa tujuan utama mereka datang ke UiTM ini adalah untuk belajar tetapi jan sesekali lupa berdoa kepada Tuhan. Selepas itu, pada pukul 3.45 pm Saudari Amanda pula memberikan sedikit perkongsian tentang pengalamannya selama dia berada d CSS UiTM ini. Tidak dilupakan juga alumnai CSS UiTM yang telah menghabiskan pengajian mereka diberikan peluang untuk memberikan kata-kata semangat kepada semua.
Pada pukul 4.00 petang, satu persembahan slide show yang telah disediakan oleh Ella, Jackson dan Sylevister telah ditayangkan. Slide show ini menceritakan tentang program-program yang telah dilaksanakan oleh exco-exco CSS UiTM sepanjang semester lepas. Selepas lebih kurang satu jam mendengar ucapan, pada pukul 4.15 petang , sesi ice breaking telah dilaksanakan oleh Florence, Stephie dan Glenn. Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan diri oleh pelajar-pelajar baru. Selepas lebih kurang 30 minit, sedikit permainan telah dijalankan bagi menghiburkan pelajar-pelajar baru.
Pada pukul 5.30 petang, sedikit perkongsian daripada pelajar-pelajar baru telah dilaksanakan yang mana telah dilaksanakan oleh Aldous selama 30 minit. Rata-rata pelajar mengatakan mereka berasa seronok dan mahu datang lagi ke rumah CSS ini. Ada juga yang mengatakan tidak pernah merasai suasana seperti ini sebelum ini. Mereka mengharapkan agar CSS ini akan terus melakukan program yang sama seperti ini kerana mereka merasakan bahawa program sebegini dapat menarik lebih ramai lagi sahabat-sahabat di luar yang masih lagi was-was tentang rumah CSS ini. Selepas selesai sesi perkongsian ini, lebih kurang pada pukul 6.00 petang sesi yang dikendalikan oleh Arnie dan Isabelinda iaitu Gurdian child. Sesi ini bertujuan untuk mecari guardian angel bagi menjaga dan memberikan informasi semasa kepada ahli-ahli baru tentang program-programyang akan dilakukan oleh exco-exco UiTM dari semasa ke semasa. Pada pukul 6.30 petang sesi bergambar bersama-sama telah dijalankan dimana saudara Rayner telah mengendalikan sesi ini. Doa penutup pula telah dilaksanakan oleh saudara Jeff bagi menutup program ini. Secara keseluruhannya program ini telah berjalan mengikut seperti apa yang telah diatur sebelum ini. Semoga Tuhan Yesus memberkati semua yang terlibat dalam melaksanakan program ini dengan jayanya.
-Wilson
No comments:
Post a Comment