Jika ada saudara yang lain dalam kesusahan, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka. Itulah dinamakan solidarity, atau kebersatuan.
Jika kita sudah menjadi kuat, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolong yang lemah. Itulah nama dia help each other.
Jika kita sudah berpengalaman, sudah menjadi tanggungjawab untuk kita untuk mengajar dan membantu mereka untuk berdiri. Macam ibu bapa mengajar anak berjalan. Kalau anak itu tidak diajar, maka terbantutlah pertumbuhan dia dari segi intelektual.
Kalau kita tidak buat seperti yang diatas, itu dinamakan pentingkan diri sendiri dan mengamalkan korupsi.
Kalau kita melihat CSS hanya tempat untuk mentadbir sahaja, tetapi tiada hati untuk melayani pelajar sesama. Kita boleh samakan, contoh, kerajaan yang mentadbir, meeting meeting saja, tapi tiada hati mau melayani rakyat yang sebenar. Tidak mahu untuk turun padang tengok keadaan rakyat yang menderita. Tetapi lebih senang untuk mengambil kesempatan dalam posisinya sebagai menteri.
Ini sama juga macam EXCO CSS, di mana AGM berlangsung, dan semua ahli CSS akan undi EXCO2. Jadi ini bermaksud, EXCO itu telah diberi mandat untuk menjaga kebajikan pelajar sesama, bukan hanya pandai duduk diam di rumah dan mengambil kesempatan rumah CSS yang selesa.
Tetapi EXCO juga harus turun padang, contohnya pergi cari pelajar di dalam Kolej, tegur sapa pelajar dan jaga kebajikan pelajar.
Dengan aktiviti Puncak Alam visit ini, adalah satu langkah untuk CSS menjaga kebajikan pelajar di Puncak Alam.
Puncak Alam picss
Click here for picture
No comments:
Post a Comment