Tuesday, February 17, 2009

Meeting with Tan Sri Bernard Dompok

Pada 10 Feb 2009, CSS dengan kali pertama mengadakan dialog dengan Tan Sri Bernard Dompok di headquarters CSS iaitu di mana lagi kalau bukan CSS House, Santa Maria Villa. Umat-umat yang datang pada hari itu ada juga mencapai sampai 40 oranglah, termasuk Fr. Chris and Ms Monica, our beloved CSS advisor dan juga beberapa ahli-ahi jawatankuasa Momogun Society of Malaysia. *Tan Sri is also the President of Momogun Society.


Oh ya, ada juga artis Sabah datanglah, iaitu si Constantine aka Johnny Black, salah satu member Kinabalu Kings, juga merupakan DJ Traxx FM.. dulu la.. kalo tia silap. (Sebab dulu slalu bah sia dedicate lagu di Traxx FM).


From left
Ladyia (CSS Alumni), Shirley, Erdeyona, Amanda, Const, Alex (ex-presiden CSS)




Masalah @ isu2 yg dibangkitkan (ini saya copy ja dari si Ewon Benedick):-

· Hubungan etnik yg tidak berapa bagus

· Pemakaian wajib baju kurung dan larangan pemakaian kasual, dan sikap pak guard yg selalu menindas pelajar tidak bertudung

· Pengajaran wajib pengajian Islam di kalangan non-muslim serta turut diwajibkan mendengar ceramah agama

· Pengedaran pamplets “5 s” di setiap blok hostel merendah2kan moral penuntut non-muslim

· Pencerobohan pegawai atasan Uitm ke pusat kegiatan CSS

Cadangan2 atau idea2 yg dikemukakan:-

· Menerima masuk lebih banyak pelajar bukan Bumiputera dalam Uitm @ 10 peratus

· Keterbukaan dalam pemakaian (dunia kerjaya sebenar di dalam kebanyakan sebenar memerlukan staf organisasi berpakaian smart n casual, tapi pembatasan kepada jenis pakaian tertentu seolah-olah menggagalkan matlamat institusi pendidikan utk menyediakan pelajarnya kepada dunia pekerjaan yg sebenarnya)

· Menimba pengalaman dengan bekerja di luar Sabah/Sarawak, contohnya di negara2 luar kemudian barulah membawa balik pengalaman yg ada ke negeri sendiri

· Memperbanyakkan industri di Sabah supaya pembangunan dapat dijana dengan cepat

· Peminjam PTPTN harus diberi keutamaan mendapatkan pekerjaan dalam sektor pentadbiran awam berbanding penerima biasiswa (sebab dorang bilang mau bayar balik pinjaman kerajaan, mesti ada kerja dulu)

· Program2 integrasi antara kampus di kalangan Sabahan/Sarawakian

· Permohonan peruntukan utk aktiviti2 CSS dan kemudahan di pusat kegiatan mereka










Mengalu-alukan ketibaan Tan Sri Bernard Dompok ke CSS UiTM Shah Alam.



Kelihatan Timothy, presiden CSS, Amanda, Vice President dan CSS Advisor, Ms Monica membincangkan isu-isu yang dihadapi di UiTM Shah Alam.



Oh, sedang makan-makan.



Umat umat CSS ni pada mulanya malu-malu, tapi lama lama berdebat sama Tan Sri.


Amanda memberi kata-kata pembukaan dan memperkenalkan apa tu CSS.

No comments: