Showing posts with label Friday in Togetherness. Show all posts
Showing posts with label Friday in Togetherness. Show all posts

Monday, August 16, 2010

Thursday, August 12, 2010

FITs yang lalu

Apa yang menggerakkan CSS ini ialah aktiviti mingguan kita setiap hari Jumaat. Kami sediakan pelbagai aktiviti kerohanian dan juga aktiviti berbentuk ilmiah yang bersangkut paut dengan iman kita. Kerana dalam ingin mau mematangkan kita dalam iman dan selaras juga kita ini adalah pelajar Universiti. Kita harus membuat renungan mengapa kita percaya akan iman yang kita pegang ini. =)

So we present you the PAST FITs!!!!

[click on the pictures to enlarge]










Aktiviti










Aktiviti





Aktiviti di bawah







Di bawah ialah aktiviti [sila klik to enlarge]





Di bawah ialah aktiviti

Monday, July 12, 2010

FIT 1 Updates!

Minggu lalu, aktiviti F.I.T kita yang pertama pada semester ini ialah perkongsian dari rakan-rakan kita yang telah join S.A.L.T 3 bertempat di Ulu Belaga, Bintulu, Sarawak.

Selepas para participant SALT 3 mengongsikan pengalaman masing-masing, ternyata mata kawan kawan kita pun terbuka. Kenapa terbuka? Sebab terdapat banyak kebenaran di luar sana yang sangat sangat mengejutkan. Mengejutkan sebab kita tidak pernah tau yang orang orang kita sendiri tertindas.

Memang, kalau kita menonton TV kan. Media selalu memperlihatkan keganasan2 di luar Malaysia, dan kebenaran yang berlaku dalam negara kita pula ditutup. Kenapa?

Pengisian aktiviti ini adalah berkenaan penindasan yang berlaku kepada rakyat Sarawak khusunya mereka yang diberi penempatan semula disebabkan oleh EMPANGAN BAKUN.

Adalah sangat menghairankan kenapa ada orang kita sendiri tidak tahu hal hal begini. Sebabkan, media massa ni tidak telus dan menutup sebahagian informasi. Sebagai contoh, Chou Z Lam (click to see video), a Chinese language documentary series on RTM TV2 kena pecat sebab dia mau menayangkan dokumentari Bakun.

Ingin melihat dokumentari2 itu? Click sana bawah.
Dokumentari Bakun 1
Dokumentari Bakun 2
Dokumentari Bakun 3
Dokumentari Bakun 4
Dokumentari Bakun 5

So, di bawah ialah gambar2 ahli2 kita yang bersemangat.





Friday, July 9, 2010

1st Friday-In-Togetherness 2nd half of 2010

Our 1st FIT of the semester is ON!!

And the activity?

We'll get the chance to listen our fellow SALTers' experiences during their 2 weeks journey to Ulu Belaga, Sarawak. Where 10,000 people of Sarawak (Kayan, Kenya, Penan) had been displace because of the construction of BAKUM DAM. And how they see and feel God's presence with the marginalized people, which is our OWN PEOPLE OF BORNEO.

Extras!
- Get to know what is SALT?
- When is the next SALT?
- How to join SALT?

Bring your friends along!!

FACEBOOK EVENT

Tuesday, February 2, 2010

Adakah FIT itu sejenis makanan?

Shalom all!

Many of our new members are asking.. what is F.I.T? Is it a CSS FITness day. Teht!! WRONG ANSWER.

FIT stands for Friday-in-togetherness. This activity is conducted every friday by CSS fellow EXCO for the students. The objective of FIT is to strengthen the bonds among fellow brothers and sisters of Christ through activities such as bible reflection, bible sharing, prayer sessions, praise & worship, and also games.

For this semester, our Prayer Ministry (Recca & Zyzy) had divide task to all EXCO to handle each Fridays. And after sessions, there are refresments provided, which handle by F&B Ministry (Adam).

This Friday will be our 3rd FIT. What activity... it's a session with Uncle Paul. Uncle Paul will come with his bible and choose verses and explain to us the meaning and it's significance. Very interesting. The Word of God is really alive geng... don't believe. Come and experience it yourself.

FIT starts at 7.30pm with rosary prayer, and some action songs (you can request your favorite song you know). And those who can play music, you are welcome to the music ministry and contribute your talent to God through CSS.

So people, don't forget to bring :-
1) your bible
2) writing materials

p/s if you don't know where CSS is, just wait at the bustop and text any of the EXCOs.

Any inquiries email us at css_sa@hotmail.com or just search CSS SA Facebook.

some action song to break the ice between members

The music Ministry doing their part.

a session with Sister Lusiah

Monday, October 19, 2009

Final Blessing & The Mass Explained at CSS





Shalom semua!

Pada 16 October 2009 (Jumaat), CSS UiTM Shah Alam telah merayakan Misa dalam Bahasa Malaysia yang bertempat di rumah CSS. Lebih kurang 50 orang ahli CSS UiTM Shah Alam telah menyertai misa ini. Selain itu terdapat juga beberapa orang datang daripada KUBM (Kesatuan Umat Bahasa Malaysia) dan CSS MSU-PTPL.



Rajah di sebelah menunjukkan gambar

bersama komuniti pelajar katolik di UiTM dengan komuniti umat bahasa Malaysia di CDM dan Rev. Fr. Paulino Miranda.

Misa ini telah dijalankan dengan baik oleh Rev. Fr. Paulino Miranda yang merupakan paderi bagi “Church of Divine Mercy (CDM)”. Misa yang dirayakan kali ini merupakan Misa tiga dalam satu yang mana mengabungkan Misa penerangan, pemberkatan pelajar UiTM yang akan tamat pengajian, pemberkatan terakhir kepada pelajar UiTM yang bakal menduduki peperiksaan akhir. Misa penerangan ini merupakan misa di mana paderi Paulino merayakan Misa seperti biasa sambil menerangkan maksud untuk setiap pergerakan atau perbuatan yang biasanya dilakukan oleh setiap paderi-paderi katolik. Sepanjang Misa ini para pelajar berpeluang mengetahui lebih jelas tentang bekas-bekas yang digunakan dalam perayaan Misa seperti piala untuk air anggur dan patena untuk Hosti, sibori untuk menyimpan Sakramen Mahasuci dalam tabernakel, monstrans yang digunakan untuk Benediksi dan banyak lagi.

Pelajar-pelajar juga berpeluang mengenali kebanyakan pakaian yang digunakan dalam upacara-upacara Gereja kita berasal dari pakaian yang digunakan oleh Empayar Rom dan mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Anataranya ‘amice’, ‘alb’, ‘cincure’, ‘mainple’. Selepas sahaja Misa ini selesai dirayakan, aktiviti diteruskan lagi kepada pemberkatan pelajar UiTM yang akan tamat pengajian. Pemberkatan ini dilaksanakan oleh paderi Paulino yang telah disertai seramai 12 orang walaupun masih terdapat beberapa orang yang tidak dapat menghadirkan diri pada waktu itu.



Rajah di sebelah menunjukkan gambar pelajar UiTM yang bakal menamatkan pengajian mereka dan Rev. Fr. Paulino Miranda.

Seterusnya adalah merupakan pemberkatan kepada pelajar-pelajar UiTM yang bakal menghadapi peperiksaan pada hujung semester ini dan dilanjutkan pula dengan sesi bersama Fr. Paulino untuk membincangkan permasalah-permasalah yang dihadapi oleh CSS UiTM. Terdapat beberapa cadangan yang telah dikemukakan dan penambahbaikan dalam melaksanakan aktiviti-aktitiviti di antara gereja dan juga CSS UiTM Shah Alam. Ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan mengenali dengan lebih baik di antara komuniti pelajar katolik di UiTM dan komuniti umat Bahasa Malaysia di CDM.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,

Decimus Balangkit

(Timbalan Presiden CSS UiTM Shah Alam)

Program Director : Recca & Zyzy

Thursday, October 8, 2009

The Mass Explained

Rosary for this Friday will be conduct at 7.00pm instead of the usual 7.30pm because we'll be organizing a 3 in 1 Programmed.

  • The Mass explained
  • Final Blessing & Farewell mass
  • Open Talk
A night with Fr. Paulinho during the event above.

Time : 8.00pm
Date : 16 October 2009 (Friday)
Venue : CSS House

  • We'll be selling Mass Explained book for RM 3.00 for CSS fund.
  • Those who are staying in kolej or those who have a far journey back home, you can overnight at CSS House.
  • Those who had joined this Mass Explained, no need to go for Sunday Mass because the reading for this mass & the Sunday mass are the same.
Any inquiries please contact:-

Recca : 013-8990711
Aleziana : 019-3798870

Please spread the news to other friends too ya!

Friday, October 2, 2009

Relax N Talent Hour

Shalom saudara dan saudari dalam Kristus,

Seperti yang sedia maklum, setiap hari Jumaat CSS UiTM SA akan mengadakan FIT (Friday In Togetherness) bermula dari pukul 7.30pm-10pm. Pada 2 Okt 2009, Jumaat yang lalu, sempena dengan bulan Rosary, FIT dimulakan dengan doa Rosary yang dipimpin oleh saudari Mervinie. Selesai sahaja doa Rosary, satu aktiviti (Relax N Talent Hour) yang dikendalikan oleh saudara Himlearn (Boboy) dan saudari Aleziana telah diadakan. Aktiviti tersebut bertemakan ‘Memahami dan Melayani’ dimana semua yang hadir pada hari itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan harus mempunyai sekurang-kurangnya seorang lelaki. Dalam sesi pertama, setiap kumpulan diberi masa 30minit untuk memperagakan lelaki yang telah dipilih dalam kumpulan masing-masing menjadi seorang wanita mengikut kreativiti tersendiri. Lelaki- lelaki tersebut kemudian memperagakan diri mereka dengan gaya masing- masing, pemenang adalah kepada yang siapa paling menyerlah. Selepas itu, sesi kedua, setiap kumpulan diberi lagi masa selama 5minit untuk berfikir dan membuat lakonan tentang bagaimana layanan yang diberikan kepada golongan ‘lembut’ dalam masyarakat sebenar. Objektif aktiviti pada malam itu adalah:

i. Sesi pertama: golongan lelaki akan lebih memahami dengan merasai sendiri apa atau bagaimana situasi sebenar golongan wanita dalam kehidupan harian mereka.

ii. Sesi kedua: bagaimana layanan yang sepatutnya diberikan kepada golongan ‘lembut’ yang kadang kala disisih dari masyarakat dunia hari ini.

Aktiviti kali ini juga berdasarkan pembacaan pada hari itu iaitu dari Matius 18:1-5,10. Yesus berfirman, “Awas! Jangan hina salah seorang pengikut-KU. Ketahuilah malaikat-malaikat mereka sentiasa di hadirat Bapa-Ku di syurga dan Matius 7:1-2. Yesus berfirman “Janganlah menghakimi orang lain supaya Allah tidak menghakimi kamu juga.” Manakala sesi pertama fokus kepada rumah tangga dan golongan lelaki dan wanita seperti pembacaan pada Ahad ini 4 Okt.09 dari Markus 10:1-12.

Semoga lebih ramai kita umat datang ke CSS House pada Jumaat yang berikutnya iaitu 9 Oktober ini kerana kita akan bersama Sister dan 16 Oktober bersama Fr.Paulinho untuk Missa Kudus jam 8malam.

Disediakan oleh,

Aleziana Carolina.

CSS present the new sexy group, kumpulan "crocs" tergugat.

CSS member yang hadir pada masa itu.

Kumpulan Zyzy. Dari kiri, Lissa, Tina dan Edith.

Dan pemenangnya ialah "Kendylia".

Sunday, September 27, 2009

FIT : Yohanes 15:1-4

Selepas aktiviti gotong royong membersihkan CSS House pada sebelah pagi, lalu persiapan untuk aktiviti wajib setiap minggu, iaitu Friday-in-togetherness pun dijalankan.





Tepat pada jam 7.30pm aktiviti dimulakan dengan doa rosari yang dipimpin oleh saudari Edna dan kemudian praise and worship dibawa oleh saudari Recca sementara menunggu kedatangan Uncle Paul dari Churh of Divine Mercy untuk menjalankan sesi bible study dan bible sharing bersama para ahli CSS dengan jumlah kedatangan seramai 32 orang. Pada hari itu juga, Oswald iaitu salah seorang daripada alumni CSS datang dan mengikuti aktiviti kami.

Perbincangan kami dipetik dari Yohanes 15:1-4, di mana kami membincangkan hal POKOK yang digunakan oleh Santo Yohanes sebagai simbol yang menunjukkan Tuhan kita Yesus Kristus. Memang sungguh menarik sharing kami pada hari itu, dan telah memberi kami pengajaran dan membantu kami untuk memahami lagi akan Firman Tuhan dan bagaimana kami boleh mengaplikasikan dalam dan menghidupkan iman kami dalam hidup sehari hari.

Kepada mereka yang tidak dapat hadir pada F.I.T lepas, jangan gusar kerana sesi seperti ini akan dijalankan lagi pada Jumaat depan (2 Oktober 2009) pada masa dan tempat yang sama.

Selepas selesai sesi Uncle Paul, kami dijamukan dengan Laksa Sarawak yang memang sangat sedap, terima kasih kepada pihak F&B hari itu Kendy dan Allythyna, juga beberapa askar askar CSS yang membantu.

Uncle Paul bersama CSS members