Friday, June 29, 2012

AGM + Final Blessing Mass 2012

Pada 23 Julai yang lalu, CVS Shah Alam telah mengadakan AGM dan Final Blessing Mass di rumah CVS yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam. AGM dan Final Blessing Mass pada kali ini adalah bertemakan Filipi 4:13 “Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku”. Sedikit info tentang AGM kali ini adalah untuk memilih president dan vice president CVS SA yang baru untuk semester depan manakala Final Blessing Mass adalah untuk memberkati students yang bakal menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ini dan juga students yang telah berada di semester akhir masing-masing (final semester and final year). 

Majlis berasaskan kepada tentatif yang dirancang sepatutnya bermula sekitar jam 4pm tetapi disebabkan cuaca yang kurang baik dan kebanyakan members masih belum sampai maka terpaksa ditunda ke jam 6pm. Dengan itu, Final Blessing Mass didahului dan diikuti oleh AGM. Misa kali ini telah diraikan bersama Fr Michael Raymond dan para students. Majlis bermula tepat jam 6pm setibanya Fr Michael di rumah CVS. 


The arrival of Fr Michael.

Misa berlangsung agak-agak 1 jam 15 min, tamat dalam jam 7.20pm. Selepas tamatnya Misa, Fr. Michael telah memberkati para students semester akhir dan diikuti dengan pemberian cenderamata untuk Fr. Michael oleh Program Director Final Blessing Mass iaitu oleh saudari Dyone. 



Fr Michael memberkati students semester akhir.


Penyerahan cenderamata oleh PD Dyone kepada Fr Michael.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan AGM oleh president CVS SA term 2011/2012 selaku Program Director. Majlis bermula sekitar jam 8pm dengan sedikit ucapan terakhir dari beliau, Mr Sly (president CVS SA). Selepas itu, sesi penyerahan sijil-sijil untuk para exco bagi term 2011/2012 juga telah berlangsung yang diserahkan oleh saudara Bro. Joe dari CDM. 


Ucapan Sylvister Jalong yang terakhir kalinya selaku peneraju CVS SA 2011/2012

Majlis semakin bertambah hangat apabila bermulanya sesi memperkenalkan bakal-bakal president bagi term 2012/2012. Bermula dengan sesi memperkenalkan diri dan seterusnya sesi pengundian. Rata-rata para pengundi agak kebingungan dalam melilih siapa yang paling layak untuk menerajui CVS SA dan tidak lupa juga sebagai pemimpin kepada students di UiTM Shah Alam dan juga UiTM Puncak. Tetapi syukur dan puji Tuhan sebab majlis berjaya berjalan dengan lancar sehingga pengumuman president dan vice president yang baru. Tahniah diucapkan kepada president dan vice president CVS SA yang baru. 


Bakal-bakal calon president and vice president.

Selepas penamaan president dan vice president yang baru diikuti dengan penyerahan fail oleh mantan president CVS SA iaitu Sly dan juga Rayner (vice president) nya, majlis diteruskan dengan makan-makan. Para students dijamu dengan pelbagai jenis hidangan yang cukup mengenyangkan oleh para tukang-tukang masak bertauliah CVS SA. Syabas juga diucapkan kerana hasil usaha gigih mereka. Makan free sepa yang indak mo kan? Hehe.

Bagi AGM dan Final Blessing Mass kali ini, CVS Puncak (Alam dan Perdana) telah bersama dengan kami. Mereka telah dijemput khas bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dan dengan julung kalinya dan pertama kalinya CVS Puncak telah mengikuti AGM dan Final Blessing Mass dengan CVS SA. Ternyata cinta kasih Tuhan begitu agung dan besar sekali disini sehingga mereka dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut walaupun pelbagai rintangan yang mereka hadapi terutamanya dari segi transportation. Puji Tuhan sekali lagi.


Sesi foto mefoto beramai-ramai sebelum pulai/muli.

Friday, June 22, 2012

Sunday, May 6, 2012

Annual Camp 2012

Pada 23 - 25 April 2012 yang lalu, CVS UiTM telah mengadakan Annual Camp. Annual Camp ini adalah gabungan dari 3 UiTM iaitu UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam dan UiTM Puncak Perdana. Annual Camp ini julung kali diadakan setelah 3 tahun tidak dilakukan. Yeah, we rose again from the death dan juga julung kalinya dengan gabungan 3 UiTM. Annual Camp kali ini dilakukan di The Farm, Lenggeng, Negeri Sembilan selama 3 hari 2 malam. Bertemakan "Falling In Love Again" (Romans 12:2). 

Here are the tentative program for day 1: Monday (23 April 2012)
3:00pm: Hello The Farm
3:30pm: Allocation of rooms
4:00pm: Instructions from Camp Coordinator
4:30pm: Expectations, Aims, Icebreakers
5:30pm: Session 1: Living in a Loveless World! (Reality Check)
6:30pm: Self-preparation 
7:15pm: Dinner
8:15pm: Energizer
8:30pm: Session 2: Created in His Likeness & Love! (Self-Awareness/Esteem)(Group Discussion)
10:30pm: Supper, Fellowship
11:00pm: Taize Prayer (Night Prayer)
11:30pm: Good Night

On the first day, pelajar dari UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana yang paling awal tiba di rumah CVS. Sebelum bertolak ke The Farm, peserta perlu mendaftar diri masing-masing (di rumah CVS juga). 


The Puncakians.


During the registration.

Selepas sesi pendaftaran, peserta mengambil masa untuk bersuai kenal bagi yang baru kenal. Ni just mau cari kawan baru macam tu bha tu sebenarnya. Belum lagi masuk sesi dalam Annual Camp. After that before bertolak ke The Farm, peserta lunch dulu di rumah CVS. 


Lunch time.

Selepas baru bertolak ke The Farm. 


Berkumpul di halaman CVS House.


Mau sambahyang dulu before bertolak.


Waiting for the bus.

The journey to The Farm took for about 2 hours from Shah Alam. So, semasa dalam bas macam-macam karenah ada hehe. Ada yang tidur, ada yang bergosiping, ada juga yang mau knal2 lg. Nah, ini dia The Farm.




The Farm.

Sepanjang camp itu ada speaker yang bersama-sama join and bagi talk bagi certain sesi. Speaker yang kna jemput tu Martin Jalleh (MJ). Suma suka sama dia sebab ada sense of humors time bg talk. Pandai buat lawak and etc hehe.


Ni dia speaker tu, Martin Jalleh.

Sunday, April 29, 2012

Lagu Tema Annual Camp 2012

"Falling in love again"


Ciptaan: Rolland Francis
Penyanyi: Erdeeyona Christopher

Jalan di dunia ini
Buatku jauh dariMu
Ku cuba untuk menjalani
Tanpa Dia menuntunku 
Ku tak mampu menghadapi
Perjalanan hidup ini 
Ku mahu diperbaharui
Dengan kuasa Roh Kudus

*Akhirnya ku temui
Cinta Dia yang satu
Cinta yang tak pernah berkesudahan

C/o Ku jatuh cinta kepadaMu Yesusku 
Kerna KasihMu Kekal dan Abadi 
I fall in Love with You Jesus my Redeemer 
And all because of Your Everlasting Love..

I Fall in Love Again...3x

Saturday, April 21, 2012

Annual Camp 2012


Annual Camp 2012

Tema: Falling in Love Again (Romans 12:2)
Tempat: The Farm, Lenggeng, Negeri Sembilan
Tarikh: 23-25 April 2012
Fee: RM45 

More info on the annual camp will be updated very soon.